Wednesday 27 April 2011

CARA MENGATASI MASALAH PONTENG

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu
pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan
pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang

serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-

aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang

di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.

Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan

seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah
adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program
ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan
dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.
                                                                                                                                  -ameera-

ADAB MENGHORMATI IBU BAPA

Tatasusila anak berhadapan dengan ibu bapa

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. 

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya: 

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: �Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.� (Surah an-Nisaa�, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. 
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi. 
Firman Allah: �Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.� (Surah an-Nisaa�, ayat 23).



ANIS FARAHIN

ADAB BERJIRAN

1. Hormatilah jiran tetangga dan berperilaku baiklah terhadap mereka. 

Rasulullah S.a.w bersabda,“....Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka hendaklah ia meng-hormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berperilaku baik terhadap tetangganya.” (Muttafaq ’alaih). 

2. Janganlah bangunan anda mengganggu tetangga, agar mereka tidak tertutup dari sinar matahari atau udara, dan jangan melampaui batasannya, dengan merosak atau mengubah miliknya. 

3. Peliharalah hak-hak mereka di saat mereka berpergian. Jaga harta dan kehormatan mereka dari tangan-tangan jahil, bantulah mereka yang membutuhkan, serta paling kan mata dari wanita mereka dan rahsiakan aib mereka. 

4. Janganlah membikin kegaduhan yang mengganggu mereka, seperti suara TV, radio, dll, atau mengganggu mereka dengan melempari halaman mereka dengan kotoran, atau menutup jalan bagi mereka. 

Rasulullah . bersabda, “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! 

Nabi . ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah? 

Nabi . menjawab, “iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” (Muttafaq ’alaih). 

5. Janganlah pelit memberikan nasihat, ajaklah mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah yang mungkar dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat baik dengan niat ikhlas. 

6. Berikan makanan kepada tetangga, dahulukan yang paling terdekat. 

Rasulullah n bersabda, “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyak-lah airnya dan berilah tetanggamu.” (HR. Muslim). 

7. Bersukacitalah di dalam kebahagiaan mereka, berduka- citalah di dalam duka mereka; jenguklah mereka bila sakit, tanyakan apabila ia tidak ada, bersikap baiklah bila menjumpainya; undanglah untuk datang ke rumah. Hal-hal ini membuat hati mereka lunak, hormat, dan mulia. 



ANIS FARAHIN

Monday 25 April 2011

Adab kerkawan

Apabila berkawan, diri sendiri dan kawan harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
2. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti tunang, isteri, suaminya atau kaum keluarganya
3. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti masalah keluarga.
4. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik belaka.
5. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat.
6. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Jangan suka busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
7. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. 
8. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. 

FATIN ALLIA

FAKTA TENTANG PELANGI

Pelangi dihasilkan saat titisan air yang jatuh menyebarkan sinar matahari yang putih menjadi warna-warnanya, memusatkan warna-warna ini kedalam sebuah pita, dan inilah pita pelangi. Kerana sinar matahari yang terang harus menyinari titisan air, pelangi tidak terlihat saat awan tebal. Cahaya mengalami pembiasan (jalannya membengkok) saat ia masuk dan meninggalkan titisan. Luasan pembiasan ini tergantung pada warna. Sebagai contoh, kerana jalan cahaya biru lebih membengkok daripada cahaya merah, cahaya biru dan cahaya merah meninggalkan sebuah titisan pada sudut yang sedikit berbeza.
Semua titisan air yang jatuh dan disinari membiaskan cahaya dan warna-warna terpisah, namun hanya titisan pada sudut tertentu saja yang kebetulan mengirim sinar berwarna ke arah kamu. Titisan yang menciptakan pelangi ordo pertama harus berada sekitar 42° dari titik antisolar, yang tepat berlawanan dengan posisi matahari relatif terhadap kamu. Untuk menemukan tetesan pelangi, arahkan tangan kamu yang terentang ke titik antisolar (dalam bayangan kepala kamu) dan angkat naik ke arah lain sebesar 42°. 


FATIN ALLIA

tolong menolong sesama manusia

Kehidupan manusia di seluruh pelosok alam ini tidak dapat lari dari suasana dan keadaan yang berbeza-beza, iaitu ada yang kaya, miskin, kuat dan lemah tubuh badan, ada yang sihat dan ada yang sakit, ada pula yang tua dan ada pula yang masih muda, ada yang alim dan ada yang jahil. Golongan-golongan ini sentiasa berhajat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sebab itulah agama Islam amat menggalakkan setiap orang Islam sama ada lelaki ataupun perempuan supaya memberi pertolongan kerana perbuatan itu merupakan suatu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian, dan juga setiap pekejaan. jadikanlah pertolongan itu sebagai satu sifat kebiasaan dalam pergaulan. Oleh itu, berilah pertolongan-pertolongan yang diharuskan pada syarak.


SITI NURINA

faedah bersukan

Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh.Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga.Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan.


SITI NURINA

KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR

Kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada faktor diri pelajar boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu sikap diri pelajar sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ke atas diri pelajar memang diakui amat kuat. Keluarga yang goyang merupakan salah satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Keadaan hidup yang susah ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Pengaruh persekitaran juga merupakan antara faktor wujudnya salah laku di kalangan pelajar. Tayangan filem yang diimport khususnya dari Barat yang mengandungi elemen yang tidak bermoral, berunsur ganas dan seks boleh mempengaruhi pemikiran dan membangkitkan keinginan pelajar untuk meniru perbuatan yang dipaparkan melalui rancangan televisyen atau filem.Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah.


SITI NURINA

NILAI NILAI 1 MALAYSIA

NILAI-NILAI 1MALAYSIA
• Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:


• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan

• Integriti

SYARIFAH ZUREENA

Bagaimana mengatasi mengantuk?

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!



2. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.



3. Buat secawan kopi panas.

4. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

5. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

6. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.



SYARIFAH ZUREENA

Adab-adab berzikir

Adab Semasa Berzikir :
Duduk di tempat yang suci seolah-olah hendak mendirikan solat.
Meletakkan kedua tangan ke paha.
Menyembur bau-bauan yang harum dan suci di tempat zikir.
Memakai pakaian yang bersih.
Seeloknya memilih tempat yang agak kelam ( tidak terlalu terang ).
Memejamkan kedua mata.
Berniat ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah.
Memilih kalimah zikir di mana kalimah zikir yang paling afdhal ialah tahlil atau paling tidak, berzikir dari nama-nama Allah ( asma’ul-husna ).
Menghadirkan maksud kalimah zikirnya ke dalam hati.
Menjauhkan sikap ragu dan was-was.

Adab-Adab Selepas Zikir :Duduk diam seketika bagi merasakan faedah dari munajat zikir yang dilakukannya.
Menahan nafas dari keluar masuk sebagai latihan mengawal hawa nafsu.
Akhir sekali seseorang yang baru selesai berzikir dilarang segera meminum air.

SYARIFAH ZUREENA

Etika ketika di rumah


Sebagai seorang pelajar, anda sering dilatih tentang etika ketika belajar, etika di bilik darjah, etika dalam majlis, etika dengan guru, etika dengan sahabat, etika di pusat sumber, etika di makmal, etika di padang sukan dan sebagainya. 
Oleh sebab sebahagian besar masa dan usia anda dihabiskan di rumah, maka anda juga harus mahir etika di rumah. Ini kerana rumah merupakan stesen atau hub utama kehidupan kita.
Di rumah, kita berinteraksi dengan ramai orang – ahli keluarga kita. Di rumah juga kita dikehendaki mengurus dengan sempurna pelbagai ruang dan peralatan. Hari ini, ramai daripada kita tidak ambil pusing tentang etika di rumah.
Dan yang lebih penting, anda harus sedar bahawa anda berada dalam perjalanan menuju kedewasaan dan bertanggungjawab terhadap segala apa yang anda lakukan.
Kadang-kadang tanggungjawab ini tidak anda sedari kerana selama ini anda ditatang bagai minyak yang penuh. Semua keperluan anda tersaji di depan mata. Ibu bapa anda seolah-olah orang gaji di rumah sendiri. Diri anda pula seperti ayam daging. Sekarang adalah masanya anda mengubah paradigma sikap anda menjadi seorang yan g paling bertanggungjawab dalam hidup anda.

SYARIFAH ZUREENA

KEBAIKAN AIR KEPADA MANUSIA

Air sangat berperanan dlm membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :

- Air dapat menurunkan selera makan dan rasa lapar.
- Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
- Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
- Membersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
- Mengatasi kesulitan membuang air besar.

SYARIFAH ZUREENA

Sunday 24 April 2011

CARA MENGATASI PEMBUANGAN BAYI

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata.
Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.
Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh ‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. 
ANIS FARAHIN

KESAN MEROKOK

1.      Deria hidung kurang sensitif.
2.      Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini
          lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi
          termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3.       Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan
          untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang
          itu kerap merokok.
4.      Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5.      Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan
          oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang
          hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6.      Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7.      Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8.             Penyakit jantung.
9.      Kanser larinks dan esofogus.
10.    Kanser paru-paru.
11.        Kanser pankreas.

ANIS FARAHIN

FAKTOR VANDALISME

i)PENGARUH MEDIA MASSA

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

II)PENGARUH RAKAN SEBAYA

Golongon remaja biasanya lebih muda meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaannya golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam sekumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

iii)SIKAP APATI/ INDIVIDUALISTIK/MATERIALISTIK

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian,masalah vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Oleh itu,remaja merasakan dirinya bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

IV)IBU BAPA DAN KELUARGA

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan merupakan faktor utama remaja terjebak dalam gejala negatif

ANIS FARAHIN

KEMUDAHAN INTERNET

 Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
     Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.
     Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. 


ANIS FARAHIN

SAFETY TIPS WHEN GOING TO SCHOOL

 Every year, hundreds of children are injured and sometimes killed in an accidents . This is because, ther are neglecting the rules and regulation of roads safety. However, there are many ways to prevent from the increasing of road accidents that effectuate students.

          For those who walks to school alone, needs to be compained by the elderly. Besides, they can also walk in pairs or groups if thath makes them feel more safe. Don't ever use shortcuts especially through a dark and quite place such as the back alleys. This place is dangerous for girls to pass through it.

          Next, you have to be aware with your surroundings. Watch out for any suspicious person. When you smell anything fishy, immediately inform it to the security guard or straight foward to the principal. This action, sometimes can scare them away from you.

          Dicipline is very important. When you are well diciplined, you will never break any rules for every place that you'll go. For an example, students who attends to school by bus. Always queue up before ascending the bus. Patience is needed, because this will prevent them from pushing other bus users whether they are boarding or alighting the bus. Thus, for them who attends to school by public or private transport to fetch you up, never play on the road or joke with your friend while crossing the road. This may cause an unexpected accidents that occurs you or life of anothers.

          In a nut shell, students must follow the tips mentioned. Actions speak louder than words. Therefore, you must ensure that you are always alert whenever you are to and from school, so that you will stay safe. Like all peolple said "safety comes first".


ANIS FARAHIN

FAEDAH MEMBACA

1. Membaca dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
2. Membaca dapat menghindarkan diri agar tidak tenggelam dari hal-hal yang batil
3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang-orang yang menganggur dan tidak memiliki aktivitas
4. Membaca dapat melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menajuhkan kesalahan ucapan dan menghiasi dengan balaghah dan fashahah.
5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.
6. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingat serta pemahaman.
7. Dengan membaca orang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dan pemahaman ulama (ilmuwan)
8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeda, dan penerapan pada kehidupan nyata.
ANIS FARAHIN

FAEDAH BERSUKAN

Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi.
Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.
Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.
Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.


ANIS FARAHIN

Kegunaan Internet

Internet merupakan media yang sangat berpengaruh pada masa kini.Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diambil melalui penggunaan internet.Antaranya ialah kita dapat berhubung dengan sesiapa jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana jua.Kita boleh menghantar e-mel atau berchatting.Melalui ini,kita dapat menambah lebih ramai kenalan.
Selain itu,kita juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui internet.Kita boleh menyelusuri laman-laman web yang ada untuk mendapatkan maklumat.Kita juga boleh berkongsi maklumat dengan orang lain melalui forum atau blog yang ditulis.Sememangnya,semuanya semakin mudah.Maklumat semuanya di hujung jari kita.Oleh itu,kita mestilah celit IT bagi memudahkan kita menggunakan internet.
Berita-berita dari dalam dan luar negara juga dapat diketahui dengan mudah dan cepat.Kita tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang dengan membeli surat khabar pada setiap hari.Kita boleh pergi ke laman web yang menyediakan akhbar online dan membacanya.Melalui ini,kita dapat mengurangkan penggunaan kertas.
Di samping itu,kita tidak perlu beratur unutk membayar sebarang bil kerana kita boleh membayar secara online.Pihak-pihak bank juga telah menyediakan khidmat internet bagi memudahkan pelanggan mereka menyelesaikan urusan perbankan mereka.
Kita juga boleh mencari pendapatan melalui internet.Trend pada masa kini iaitu online business.Perniagaan ini berasaskan kepercayaan.Pelbagai barangan boleh dibeli melalui internet dan terdapat banyak laman web yang menjual pelbagai jenis barangan.
Permainan video juga turut terdapat dalam internet.Kita boleh mengurangkan stress dengan bermain permainan ini.Namun jika kita gagal mengawal diri,kita mungkin akan leka dengan keasyikan bermain permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab.
Kesimpulanya,terdapat banyak kepentingan internet.Namun kita perlu berhati-hati agar penggunaan internet tidak memudaratkan kita.



FARRAH ZARIS EZREENA

Friday 22 April 2011

BIODATA SULTANAH BAHIYAH

   
 SULTANAH BAHIYAH (1958-2003)

Photobucket
Tuanku Sultanah Bahiyah Hjh adalah isteri pertama dari Sultan Abdul Halim Muazzam Shah. Beliau dilahirkan sebagai Tengku Bahiyah binti Tuanku Abdul Rahman pada tarikh 24 Ogos 1930 pada Sri Menanti, Negeri Sembilan. Dia berkahwin dengan Sultan Abd Halim di Istana Besar Sri Menanti pada tarikh 9 Mac 1956. Dia dilantik sebagai Sultanah Kedah pada tarikh 20 Februari 1959.

Dia dinyatakan sebagai Raja Permaisuri Agong (Ratu Agung) Malaysia pada tarikh 21 September 1970 dan secara rasmi dipasang di Kuala Lumpur pada tarikh 20 Februari 1971. Dia memegang gelaran sehingga 21 September 1975. Dia meninggal di Istana Bukit Chegar, Alor Star pada 24 Ogos 2003.

FATIN ALLIA

Masalah Sosial di Negara Kita

Antara punca-punca yang terlibat, punca yang pertama ataupun dikenali sebagai punca utama adalah masalah keluarga. Cara ibu bapa dalam pemberian asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan terhadap anak mereka menyebabkan mereka menjadi kurang menghormati warga-warga yang lebih tua daripada mereka dan melibatkan diri mereka dalam perbuatan-perbuatan yang negatif seperti perlumbaan haram dan rempit. Kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang mewah ataupun keluarga yang memanjakan anak mereka kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah. Hal ini disebabkan ibu bapa yang kaya ataupun mewah biasanya akan memanjakan anak-anak mereka dengan memberi kelonggaran serta wang saku yang banyak.

 Akibat yang seterusnya merupakan pengaruh daripada persekitaran. Pada zaman globalisasi kini, perkembangan teknologi yang kian pesat ini menyebabkan pelbagai jenis maklumat boleh didapati daripada laman web. Hal ini mengakibatkan pelbagai jenis maklumat yang kurang sihat disebar degan berleluasa tanpa kawalan. Persekitaran ini menyebabkan remaja kini terikut-ikut dengan pengaruhnya. Seterusnya, maklumat kurang sihat ini menjadi punca keruntuhan moral di kalangan remaja.

  Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam pemberian pemerhatian yang serius terhadap kanak-kanak mereka. Pemerhatian dibuat atas setiap gerak-geri ataupun pergerakan anak-anak mereka.

FATIN ALLIA

kebaikan belajar secara berkumpulan

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

FATIN ALLIA

OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakarkalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

FATIN ALLIA

JAUHI DENGGI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

FATIN ALLIA

Thursday 21 April 2011

PANTUN TEKA-TEKI

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

ANIS FARAHIN