Wednesday 29 June 2011

Dendam





                                                                               
                                                                                                           ~ Meyra~

6 Kelebihan Hari Jumaat

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Kebaikan Belajar Berkumpulan

'Belajar berkumpulan lebih baik daripada belajar bersendirian.'...topik ini adalah salah satu topik yang selalu ditanya, sama ada di dalam bahas atau segi pendapat oleh pelajar-pelajar. Ramai suka belajar secara bekumpulan, tetapi ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Faktor-faktor ini akan membawa keputusan yang berlainan....
Ramai orang akan setuju bahawa mereka suka belajar secara berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan, mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka lebih lanjut dan boleh meminta bantuan dari kumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini pun meringankan beban cikgu-cikgu yang selalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah.
Belajar secara berkumpulan pun membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one', idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu.
Semua faedah mempunyai keburukannya. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah makin jauh.
Belajar secara kumpulan pun boleh menimbulkan sifat benci antara satu sama lain. Misalnya, seseorang mempunyai pendapat yang lain dari rakannya dan mereka cuba untuk memenangkan pendapat sendiri. Pelajaran merekan pun boleh merosot kerana sekarang mereka berasa kurang senang belajar dengan seseorang itu.
Kerana itulah, ada sesetengah dari mereka yang memilih untuk belajar secara bersendirian. Mereka tidak mudah diganggu dari orang lain dan niat mereka untuk belajar akan tercapai. Dia mempunyai kamar sendiri untuk belajar, dan barang-barang sudah diatur untuk belajar, dan ini pun boleh memajukan didinya untuk cemerlang.
Belajar bersendirian pun membawa faedah yang lain. Antaranya adalah kita boleh belajar berdikari, dan inilah salah satu daripada sifat-sifat kita harus punyai. Dengan belajar berdikari kita tidak payah bergantung kepada orang lain. Kita tidak akan berjaya jika kita selalu bergantungan kepada orang lain.
Keburukannya- jika ada soalan untuk ditanya, kita tiada sesiapa untuk membantu kita. Ini pun boleh membawa kesan untuk tidak mahu belajar. Dengan begini pun boleh merosot pelajaran.
Kerana keseorangan, pendapat selalu daripada diri sendiri. Kadang-kadang, pendapat orang lain lebih baik daripada pendapat sendiri. Contohnya, setelah lama belajar, rakan sekumpulan kita akan memberi cadangan untuk berehat seketika. Tetapi kalau kita belajar bersendirian, kita akan memaksa diri kita untuk menyelesaikan kerja kita, dan ini boleh merosakkan minda kita jika minda kita menyerap terlalu banyak informasi. Seseorang juga harus berhati-hati untuk belajar sendirian.
Dalam kesimpulan, walaupun ada faedah dan keburukkan dalam ini, kita haruslah ambil yang berfaedah. Jika kita berasa bahawa belajar secara berkumpulan adalah lebih baik, maka kita ambillah pendapat kita itu, dan juga sebaliknya.

Keburukan dan kebaikan internet.

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kesimpulan:
Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

pentingnya bersukan

Bagi seorang yang bergelar pelajar,sudah semestinya mereka perlu menjaga kesihatan diri di samping menonjolkan penampilan diri yang sihat,cergas dan cerdas.justeru itu,pelajar-pelajar digalakkan supaya sentiasa bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti beriadah ini.Seperti mana yang diketahui,saya adalah salah satu pelajar yang mengikuti program sukan dan rekreasi di UKM ini.Sepanjang penglibatan saya dalam program ini,saya merasa sangat seronok dah merasa diri begitu cergas dan sihat sentiasa.badan sentiasa bersemangat kerana setiap hari ada aktiviti permainan di padang.Di sampin itu juga saya dapat menguasai semau permainan yang ada yang mana sebelum ini banyak sukan yang tidk saya ketahuinya langsung.Sebagai contohnya permainan futsal.bola keranjang,sofbol dan lain-lain lagi.Jika ramai pelajar yang minat untuk  mengikuti program ini pasti seronok dan kesihatan boleh di jaga dengan baik.Ini kerana program ini bukan sahaja dalam permainan tetapi aspek sains juga di tekankan seperti struktur anggota badan kita juga dapat diketahui.Jadi kepada semua pelajar dinasihatkan agar sentiasa bersukan bagi menjaga kesihatan diri yang baik dan sentiasa bersemangat dan cergas setiap hari.Baru lah apabila ke kelas tidak mengantuk.

Monday 27 June 2011

kitar semula

itar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Wednesday 22 June 2011

Peranan Guru

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai.

Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti
Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara bangsa.

d. Memupuk Kefahaman Yang Jelas Terhadap Islam Hadhari
Fokus terakhir teras membina Negara Bangsa dalah meupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Strategi pelaksanaan fokus ini adalah “mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada 10 aspek kehidupan seharian umat Islam yang mengutamakan nilai-nilai murni, kasih sayang dan toleransi. Namun kefahaman Islam Hadhari masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia. Peranan guru-guru di sekolah adalah perlu bagi memupuk kefahaman tentang Islam Hadhari kepada murid-murid supaya Islam Hadhari tidak disalah tafsirkan oleh murid dan masyarakat umum.

Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah diadakan sepanjang tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah bagi memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiap guru perlu menerapkan kefahaman Islam Hadhari Merentas Kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ianya tidak diajar sebagai mata pelajaran tersendiri. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran Islam Hadhari untuk murid Tingkatan 1 hingga 5 kepada semua guru. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam Hadhari kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga telah memperbanyakkan bahan bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan Islam Hadhari, Buku Panduan KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah mengenai Islam Hadhari. Harapan KPM supaya kefahaman serta penerimaan warga guru sendiri terhadap Islam Hadhari dapat ditingkatkan dan prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Kepentingan Kitar Semula


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogam,plastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Perubahan Iklim


Perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun. Ia boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Dengan kata lain ia termasuk apa-apa perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhupemendakankelembapan, angindan musim.
Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.
Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks dasar alam sekitar, istilah "perubahan iklim" selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini (lihat pemanasan global). Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang ada, lihat rekod suhu. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu, rujuk penyifatan perubahan iklim terkini.

Hargai Kepentingan Air

Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.
Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air. 

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai. 

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. 

Kepentingan Sukan

Sukan merupakan salah saatu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:
  • Saluran darah yang lancar
  • Mental dan fizikal yang cergas 
  • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa.
  • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Kelebihan Solat Dhuha

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. 
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

DENGGI : PEMBUNUH BERSIRI .

Anda selalu mendengar di media massa bagaimana kes-kes denggi yang sentiasa dilaporkan di negara kita. Malaysia adalah salah sebuah Negara yang endemic kepda penyakit denggi.Maksudnya wabak ini sentiasa ada dinegara ini selagi adanya nyamuk di Malaysia ini.Setiap tahun pasti ada pesakit yang maut akibat dari penyakit Demam Denggi ini , kerana itu saya menggelarnya pembunuh bersiri...

Sejauh mana anda sebenarnya tahu tentang penyakit denggi ini. Kadang-kadang kita merasakan orang lain sahaja yang dijangkiti penyakit ini tetapi hakikatnya sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini.Selagi ada nyamuk yang mengigit kita selagi itulah kita terdedah kepada Demam Denggi. Yang amat menakutkan kita lagi ialah pesakit yang mendapat Demam Denggi Berdarah boleh membawa maut. 

Cara terbaik untuk mencegah mendapat denggi adalah dengan memastikan vektornya iaitu nyamuk Aedes tidak dapat membiak dengan banyaknya.Vektor ialah serangga pembawa virus denggi ini tetapi ia sendiri tidak sakit kerananya. Nyamuk Aedes ini amat mudah kita kenali dengan belang hitam dan putih dibadannya (abdomen) kerana itu sesetengah tempat menggelarnya ‘nyamuk harimau’.

Demam denggi ini adalah penyakit berjangkit yang di sebabkan oleh virus denggi yang di bawa oleh vektornya iaitu nyamuk Aedes.Sehingga kini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini .Rawatan yang diberikan di hospital hanyalah rawatan sokongan sahaja. Ahli sains masih belum berjaya menghasilkan vaksin untuk mencegah penyakit hingga ke hari ini.



Tanda-tanda Demam Denggi :

Demam kuat dengan suhu yang tinggi secara mengejut dan berterusan.Ruam merah pada kulit dan sakit-sakit pada semua sendi-sendi .Sakit pada sendi dan tulang ini sangat kuat hinggakan ianya di gelar ‘break bone fever’ (demam tulang nak patah).Pesakit juga akan hilang selera makan, muntah-muntah dan sakit perut. Jika Demam Denggi ini melarat kepada Denggi Berdarah maka akan berlaku pendarahan dibawah kulit,hidung dan mulut. Ia biasanya akan membawa maut.

Apa yang patut anda buat

Jika anda demam dan mempunyai tanda-tanda seperti yang telah saya sebutkan tadi , segeralah berjumpa doktor . 

Apa yang doktor akan buat :

Doktor akan menguji darah anda .Doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk melihat sel-sel darah dan juga ujian antibodi kepada virus denggi (dengue serology). Jika anda didapati positif anda akan dimasukkan ke wad untuk rawatan , pemerhatian dan kuarantin (anda mesti tidur dengan kelambu di hospital). 
Doktor pula akan memaklumkan kepada bahagian kawalan penyakit bawaan vektor dan kawasan rumah anda akan disembur kabus (fogging ) untuk membunuh nyamuk dewasa dan mengelakkan wabak Denggi merebak. (kaedah yang sama juga digunakan dalam mencegah merebaknya selsema burung dan virus nipah , beza pada haiwan yang dibunuh sahaja) Mekanisme inilah telah berjaya selama ini membendung Demam Denggi menjadi bencana penyakit yang merebak tanpa kawalan.Malaysia mendapat banyak pujian dari saintis antarabangsa kerananya. Syabas , Kementerian Kesihatan , Malaysia Boleh !! 


Kawalan dan pencegahan Demam Denggi

Sebagai rakyat malaysia yang bertanggung jawab, kita patut sama-sama membantu kerajaan dalam proses kawalan penyakit ini .Dengan itu kita dapat mencegah wabak ini dari merebak.

1. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes
• Tutup semua bekas menyimpan air kerana nyamuk aedes suka bertelur didalam air yang bersih
• Salin air dan basuh dengan dengan berus hingga bersih semua bekas pasu bunga , kolah mandi,alas pasu bunga dan sebagainya.Ini adalah kerana kepompong nyamuk aedes masih boleh hidup walaupun tanpa air.
• Bersihkan saluran yang tersumbat dan boleh menakungkan air seperti longkang ,alur air hujan dan sebagainya
• Sampah dan bahan terbuang yang boleh menakung air hendaklah di buang dengan cara yang betul , di tanam ataupun dikitar semula (di jual) dan tidak membiarkannya bersepah diluar rumah yang akhirnya boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
• Menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang betul (10gram untuk 100liter air) didalam kolah mandi di bilik air yang kita gunakan.
• Membunuh jentik-jentik dengan membela ikan (ikan puyu atau ikan guppy) didalam kolam dirumah anda
2. Hapuskan atau mengurangkan diri terdedah kepada nyamuk dewasa
• Gunakan aerosol pembunuh nyamuk yang banyak terdapat di pasaran
• Gunakan kelambu semasa tidur atau ‘ubat nyamuk’ (mosquito coil) untuk mengelak gigitan nyamuk
• Gunakan krim pencegah gigitan nyamuk pada bahagian badan yang terdedah semasa keluar rumah
• Gunakan jejaring di tingkap-tingkap rumah untuk mengurangkan nyamuk masuk kerumah
• Jangan membunuh haiwan yang memakan nyamuk dewasa seperti katak,kelawar dan sebagainya
• Pihak berkuasa kesihatan akan mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk dewasa di kawasan-kawasan yang terdapat kes-kes denggi.Jika anda melihat semburan kabus dilakukan dikawasan anda maka sudah pastinya terdapat kes pesakit Demam Denggi berdekatan dengan kawasan rumah anda.

3. Segera mendapat rawatan jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi .Ini adalah untuk mengelakkan anda menjadi pembawa kepada virus denggi ini dan boleh menyebabkan keluarga dan jiran-jiran anda di jangkiti melalui vektor nyamuk aedes .
Persekitaran yang kurang bersih akan mengundang pembiakan nyamuk yang tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan merebaknya penyakit Demam Denggi ini. Oleh itu jagalah kebersihan persekitaran anda dan kitar semula bahan buangan anda.

Dr Norman M. Norawi (MBBS)