Tuesday 27 September 2011

Tips mengambil peperiksaan


Untuk murid:
. Makan makanan sihat semasa bersahur supaya cukup tenaga.
. Periksa semula tarikh, waktu dan tempat peperiksaan.
. Keluar rumah awal pada hari peperiksaan supaya tidak kelam-labut.
. Pastikan perkakas menulis mencukupi sehari sebelum peperiksaan.
. Cuba leraikan perasaan cemas dengan duduk di sudut sunyi di sekolah.
. Pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula.
. Baca arahan dan soalan dengan teliti. Ramai murid membuat kesilapan dalam bahagian ini.
. Bahagikan masa yang boleh diluangkan untuk setiap soalan.
. Gunakan panduan tempoh masa yang harus digunakan untuk menjawab sesuatu soalan.
. Elak daripada melakukan kesilapan kerana cuai. Tentukan bahawa adik-adik mempunyai 10-15 minit pada akhir kertas peperiksaan untuk menyemak semula jawapan adik-adik.

Untuk ibu bapa:
.Tentukan bahawa anak-anak anda mendapat tidur yang cukup, bukan sahaja pada malam sebelum peperiksaan malah dalam tempoh masa dia mengulang kaji pelajarannya.
. Juadah untuk berbuka dan bersahur haruslah berkhasiat. Jus buah-buahan adalah satu sumber vitamin dan khasiat asli untuk anak anda.
. Bawa anak-anak bersiar-siar di kawasan estet perumahan untuk menenangkan fikiran mereka.
. Ulang kaji pelajaran bersama-sama anak anda, dengan menumpukan perhatian kepada topik penting dan konsep kunci.
. Jangan tambahkan tekanan kepada diri anda dan anak anda dengan harapan yang melampaui kebolehan anak-anak anda.
. Kekal positif dan berikan anak-anak anda kata-kata perangsang.

No comments:

Post a Comment