Tuesday 27 September 2011

Petua kesihatan gigi.

Petua kesihatan gigi


BOLEHKAH anda mengembalikan masa silam? Kunci kepada gigi yang sihat
dan cantik ialah keseimbangan gaya hidup sihat dan tabiat kesihatan
gigi yang baik mampu menghalang tiga tanda awal penuaan di mulut, iaitu
penyakit gusi, pereputan gigi dan penyahwarnaan.
Ikuti petua penjagaan gigi ini dan anda akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat: 
1. Memflos gigi sebelum memberus
2. Berus gigi dua kali sehari
3. Gunakan berus gigi yang betul
4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
8. Tingkatkan pengambilan kalsium
9. Amalkan pengambilan vitamin C dan D
10. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam

* Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul
Amalkan memflos sebelum memberus gigi. Memflos membantu menanggalkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi. 
Sekiranya sisa ini tertinggal di permukaan gigi, ia akan menyebabkan masalah gigi seperti kaviti, penyakit gusi dan gingivitis. 
Adalah lebih baik untuk memflos sebelum memberus bagi membuang plak dan menanggalkan sisa makanan dari permukaan gigi.
Memberus ialah kunci kepada kesihatan gigi yang baik, memerangi penyakit gusi dan senyuman menawan sepanjang hayat. 
Pastikan anda memberus gigi dua kali sehari sekurang-kurangnya
selama dua minit pada sebelah pagi dan malam dengan memberi perhatian
kepada garisan gusi menerusi pergerakan secara membulat.
Adalah penting untuk memilih berus gigi yang betul, maka pilih berus
gigi yang dapat membersihkan gigi di samping selesa dan mudah
digunakan. 
Anda juga disyorkan untuk memilih berus gigi yang telah terbukti secara klinikal boleh menanggalkan plak dengan berkesan. 
* Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung
Anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk
pembersihan gigi secara profesional bagi menjaga kesihatan gigi dan
memastikan senyuman menawan dapat dikekalkan sepanjang hayat. 
Amat penting bagi wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
atau yang mengandung serta yang mengalami menopaus berjumpa dengan
doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gigi seperti
penyakit gusi, pereputan gigi dan kaviti. 
Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis yang disebabkan perubahan hormon dan pertambahan aliran darah dalam badan. 
Sebelum mengandung, semua wanita perlu melalui pemeriksaan berkala
untuk penyakit gusi. Mereka juga perlu melalui pemeriksaan gigi berkala
sepanjang tempoh mengandung bagi mengesan dan merawat sebarang penyakit
berkaitan gigi dan gusi. 
* Berhenti merokok, kurangkan minuman berkarbonat, kopi dan alkohol
Merokok adalah penyumbang utama kepada penuaan gigi. Menurut Pusat
Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), lebih 22 juta wanita di negara
berkenaan merokok. 
Selain mengotorkan gigi, merokok juga merencatkan penyerapan kalsium
ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser
mulut. 
Jadi, berhenti merokok dan nikmati faedah kesihatan selain senyuman yang menawan tanpa ancaman rokok. 
Walaupun minuman tertentu mengandungi kandungan fosforus yang tinggi
untuk kesihatan gigi, terlalu banyak fosforus juga boleh mengurangkan
kandungan kalsium di dalam tubuh. 
Ini akan membawa kepada masalah gigi seperti pereputan gigi dan
penyakit gusi. Minuman yang mengandungi bahan tambahan seperti gula
jagung dan pewarna makanan juga boleh menjadikan gigi yang putih
berseri menjadi pudar dan dinyahwarnakan. 
Maka, adalah lebih baik untuk memilih minuman seperti susu yang
boleh meningkatkan kekuatan gigi dan membina enamel yang lebih kuat
serta memberi anda senyuman yang kekal menawan.
* Tingkatkan pengambilan kalsium, vitamin C dan vitamin D
Selepas usia 30 tahun, wanita akan mengalami pengurangan kepadatan tulang sebanyak 25 peratus. 
Tingkatkan kandungan kalsium dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau yang tinggi kandungan kalsium. 
Makanan ini akan membantu mengurangkan pembentukan asid dalam air liur yang boleh menyebabkan penghakisan enamel gigi. 
Vitamin C dan D pula dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral berguna untuk gigi seperti kalsium dan fosforus.
Ini juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang dan juga tisu
gusi dan merupakan antara cara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan
gigi dan menentang penyakit gusi. 
* Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam 
Tidur membolehkan badan anda berehat dan juga merawat sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan atau kecederaan fizikal. 
Lebih-lebih lagi, anda akan berupaya memberikan senyuman menawan sekiranya telah mendapat rehat secukupnya. 
Mengikut Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat, golongan wanita lebih terdedah mengalami insomnia berbanding lelaki. 
Kurang tidur akan menyebabkan sistem ketahanan (imuniti) badan
menjadi lemah dan ini akan memberi ruang kepada jangkitan kuman pada
mana-mana bahagian badan, termasuk di dalam mulut.
- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen
Malaysia Bebas Plak Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan setiap dua
minggu sekali.

Rahsia keajaiban solat.


Rahsia Keajaiban Solat
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Gunung berapi terbentuk?

Gunung berapi boleh terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat. Pertembungan ini menyebebkan salah satu plat terjunam ke bawah plat yang lain. Zon terbenam ini akan menjadi cair kerana suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi. Bahagian cair ini menambah magma di mantel dan seterusnya mengalir keluar ke permukaan bumi menjadi gunung berapi.
Gunung berapi juga terdapat di zon permatang tengah lautan. Perebakan dasar laut berlaku apabila magma naik menolak litosfera ke arah yang bertentangan. Lava ini akan membentuk dasar laut sebagai permatang tengah laut. Gunung berapi di Iceland merupakan  jenis pembentukan ini.
Sebahagian gunung berapi terbentuk di tengah plat, jauh dari sempadan plat seperti Kepulauan Hawaii. Ahli sains menjelaskan bahawa tonggak batuan mantel yang dipanaskan dan naik secara perlahan ke permukaan bumi. Kenaikan magma ke permukaan bumi dianggarkan 13 cm hingga 15 cm setahun. Apabila kepulan magma naik sampai ke permukaan bumi, gunung berapi akan terbentuk. Proses pembentukan gunung berapi ini dipanggil titik panas (hotspots). Rajah di bawah menunjukkan ketiga-tiga pembentukan gunung berapi.

Apa itu gamat.

Masyarakat Melayu, khususnya Langkawi telah menggunakan gamat sejak 400 tahun lalu, malah gamat juga digunakan secara meluas di negara China sejak tahun 1757. Gamat juga dikenali dengan nama lain iaitu ´ginseng laut´. Gamat ialah sejenis hidupan yang terdapat di dasar laut dan digunakan turun-temurun di kalangan masyarakat Melayu untuk menyembuh luka luaran mahupun dalaman, dan ia turut digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin.

Terdapat kira-kira 1000 spesies gamat di seluruh dunia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 30 spesies gamat di pantai-pantai seperti Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Gamat hidup di kawasan perairan yang bersih, berpasir dan berbatu karang. Kawasan-kawasan perairan ini mengandungi banyak galian penting yang diserap oleh gamat menerusi pemakanannya.

Gamat boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. Tekstur kulitnya licin, bergerutu dan lain-lain. Gamat bersifat unik kerana ia membolehkan sel-selnya berkembang dan bersambung semula dengan cepat apabila tisu badannya luka dan terputus. Keunikan ini menyebabkan gamat menjadi dua ekor apabila badan asal dipotong dan dikembalikan ke laut.

Gamat juga dikenali dengan pelbagai jenis nama antaranya ialah Trepang, Balat, Timun Laut dan dalam bahasa Cina pula ´Hoi Sum´. Bagi masyarakat Barat mereka mengenali gamat sebagai ´sea cucumber´ atau timun laut.

Gamat tergolong dalam kumpulan Phylum Echinodermata kelas Holothuroidea dan boleh membesar lebih kurang 60 hingga 90 sentimeter panjang. Gamat yang terdapat di kawasan perairan yang sejuk adalah yang paling kecil. Haiwan ini mempunyai mulut berbentuk tentakel yang terletak di hujung badannya. Ini dapat membantu ia menangkap dan menghantar makanan ke dalam mulut.

Gamat mengandungi bahan mineral seperti potasium, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, zink, kromium, mangan dan kandungan lain yang terdapat dalam gamat ialah air sebanyak 8.9%, protein 82%, lemak 1.7%, karbohidrat 4.8% dan ash 2.6%. Malah satu kajian terbaru menunjukkan gamat juga mengandungi kandungan lemak polyunsaturated yang tinggi iaitu Omega-3FA: EPA, DHA.

Bagi sesetengah orang, mereka berasa geli melihat haiwan ini tetapi jika kita makan atau minum ekstraknya, kita dapat merasai kebaikan dan khasiatnya. Ekstrak gamat mengandungi kolagen penting untuk industri kosmetik kerana mampu memberi ketegangan pada tisu muka dan kulit kita. Selain itu, dua ciri ekstrak gamat yang bersifat antifungal dan antimirobial berkesan untuk rawatan kulit kerana dapat mengelakkan kulit muka berkulat. Malah kandungan glukosamina dan kondroitin dapat melegakan sakit sendi seperti artritis dan gout.

Antara kebaikan haiwan ini ialah ekstrak ia menolong melancar dan meningkatkan pengaliran darah dengan baik. Air gamat atau minuman jeli gamat dapat mengurangkan bengkak, inflamasi, meredakan luka dalaman, dan sakit-sakit badan. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tahap darah tinggi bagi pesakit hipertension. Malah air gamat juga baik untuk pesakit yang mengalami ulser dan sakit tekak. Minyak dan jel gamat boleh digunakan untuk luka luaran dan gigitan serangga.

Masyarakat di Taiwan lebih gemar memakan daging gamat. Daging haiwan ini juga dikeringkan dan dijadikan dalam bentuk serbuk untuk kegunaan merawat luka-luka luaran. Selain itu, serbuk tersebut turut digunakan untuk dijadikan minuman. Amerika Syarikat dan Australia telah menjalankan kajian ke atas gamat serta menggunakan gamat dalam beberapa produk kesihatan.

Produk daripada gamat sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada satu tahun boleh diberikan 1/3 dos daripada orang dewasa tetapi tidak sesuai untuk bayi di bawah umur satu tahun. Walaupun begitu terdapat alahan pada peringkat awal bagi mereka yang mencuba produk gamat seperti kerap membuang air kecil, cirit-birit dalam dua atau tiga hari pertama mencuba produk tersebut. Produk gamat juga dapat meningkatkan selera makan. Bagi kes gout, banyak respons diterima yang menyatakan bahawa kesakitan agak berlebihan di peringkat awal tetapi beransur kurang pada tahap seterusnya. Tetapi penggunaan gamat haruslah disesuaikan dengan tahap kesihatan seseorang.

Kebaikan madu


1) Mengembalikan Kekuatan Tubuh:
- Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
- Memulihkan sel-sel urat besar.
- Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
- Merangsang tenaga batin.

2) Membersih dan Menambah Darah:
- Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
- Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
- Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
- Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

3) Bayi / Kanak-Kanak:
- Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Menyembuh dengan segera cirit-birit.
- Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
- Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

4) Remaja:
- Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

5) Wanita:
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

6) Lelaki:
- Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
- Menguatkan tenaga batin.

7) Pengidap Kencing Manis (Diabetis):
- Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

8) Untuk Semua:
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Kurangkan kesakitan bila datang haid.
- Baik untuk perempuan bersalin.
- Membantu/menerangkan pemandangan.

9) Ibu Mengandung:
- Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

10) Anak Dalam Kandungan:
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
- Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

11) Bayi Yang Baru Lahir:
- Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
- Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
- Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
- Mengelak dari kembung perut bayi.

12) Ibu Selepas Bersalin:
- Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
- Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Tips - Tips Berguna Menggunakan Madu Lebah:
- Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
- Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
- Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
- Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
- Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
- Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
- Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
- Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
- Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

Sapulah Madu Lebah Asli Sekiranya Anda:
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

Untuk Menambahkan Kelazatan / Aroma Makanan:
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian Kepada Pengguna Madu Lebah Asli:
i) Jangan disimpan dalam peti sejuk.
ii) Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
iii) Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
iv) Jauhkan dari litar elektrik.
v) Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
vi) Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Bertudung tetapi tidak sempurna?


  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambuldan/atau hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]

Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !

Tips mengambil peperiksaan


Untuk murid:
. Makan makanan sihat semasa bersahur supaya cukup tenaga.
. Periksa semula tarikh, waktu dan tempat peperiksaan.
. Keluar rumah awal pada hari peperiksaan supaya tidak kelam-labut.
. Pastikan perkakas menulis mencukupi sehari sebelum peperiksaan.
. Cuba leraikan perasaan cemas dengan duduk di sudut sunyi di sekolah.
. Pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula.
. Baca arahan dan soalan dengan teliti. Ramai murid membuat kesilapan dalam bahagian ini.
. Bahagikan masa yang boleh diluangkan untuk setiap soalan.
. Gunakan panduan tempoh masa yang harus digunakan untuk menjawab sesuatu soalan.
. Elak daripada melakukan kesilapan kerana cuai. Tentukan bahawa adik-adik mempunyai 10-15 minit pada akhir kertas peperiksaan untuk menyemak semula jawapan adik-adik.

Untuk ibu bapa:
.Tentukan bahawa anak-anak anda mendapat tidur yang cukup, bukan sahaja pada malam sebelum peperiksaan malah dalam tempoh masa dia mengulang kaji pelajarannya.
. Juadah untuk berbuka dan bersahur haruslah berkhasiat. Jus buah-buahan adalah satu sumber vitamin dan khasiat asli untuk anak anda.
. Bawa anak-anak bersiar-siar di kawasan estet perumahan untuk menenangkan fikiran mereka.
. Ulang kaji pelajaran bersama-sama anak anda, dengan menumpukan perhatian kepada topik penting dan konsep kunci.
. Jangan tambahkan tekanan kepada diri anda dan anak anda dengan harapan yang melampaui kebolehan anak-anak anda.
. Kekal positif dan berikan anak-anak anda kata-kata perangsang.

Wednesday 21 September 2011

KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T.


1)   1)  Tauhid ialah mengesakan Allah S.W.T. , iaitu tidak menyamakan Allah S.W.T dengan makhluk-Nya sama ada dari segi zat , sifat , dan perbuatan-Nya.
1)     2) Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah, dan tauhid Asma’ Wassifat.
1)   3) Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah S.W.T saja yang mencipta , mentadbir, memiliki, memelihara, dan memerintah seluruh alam .
1)     4) Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah S.W.T saja yang berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni, dan dicintai.
1)  5) Tauhid Asma’  Wassifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah S.W.T saja yang memiliki nama – nama indah dan sifat – sifat  yang sempurna serta mensucikan Allah S.W.T  daripada segala sifat yang boleh menyerupai makhluk .
1)   6) Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah :
a)    Kesan terhadap individu ;
·        Melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat.
·        Mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
b)   Kesan terhadap masyarakat ;
·        Bebas daripada maksiat.
·        Jauh daripada perkara khurafat dan tahyul .
c)    Kesan terhadap Negara ;
·        Negara berada dalam keadaan aman dan makmur .
·        Negara dihormati dan disegani oleh Negara – Negara luar




2