Monday 25 April 2011

Adab-adab berzikir

Adab Semasa Berzikir :
Duduk di tempat yang suci seolah-olah hendak mendirikan solat.
Meletakkan kedua tangan ke paha.
Menyembur bau-bauan yang harum dan suci di tempat zikir.
Memakai pakaian yang bersih.
Seeloknya memilih tempat yang agak kelam ( tidak terlalu terang ).
Memejamkan kedua mata.
Berniat ikhlas semata-mata mencari keredhaan Allah.
Memilih kalimah zikir di mana kalimah zikir yang paling afdhal ialah tahlil atau paling tidak, berzikir dari nama-nama Allah ( asma’ul-husna ).
Menghadirkan maksud kalimah zikirnya ke dalam hati.
Menjauhkan sikap ragu dan was-was.

Adab-Adab Selepas Zikir :Duduk diam seketika bagi merasakan faedah dari munajat zikir yang dilakukannya.
Menahan nafas dari keluar masuk sebagai latihan mengawal hawa nafsu.
Akhir sekali seseorang yang baru selesai berzikir dilarang segera meminum air.

SYARIFAH ZUREENA

No comments:

Post a Comment