Monday 25 April 2011

Etika ketika di rumah


Sebagai seorang pelajar, anda sering dilatih tentang etika ketika belajar, etika di bilik darjah, etika dalam majlis, etika dengan guru, etika dengan sahabat, etika di pusat sumber, etika di makmal, etika di padang sukan dan sebagainya. 
Oleh sebab sebahagian besar masa dan usia anda dihabiskan di rumah, maka anda juga harus mahir etika di rumah. Ini kerana rumah merupakan stesen atau hub utama kehidupan kita.
Di rumah, kita berinteraksi dengan ramai orang – ahli keluarga kita. Di rumah juga kita dikehendaki mengurus dengan sempurna pelbagai ruang dan peralatan. Hari ini, ramai daripada kita tidak ambil pusing tentang etika di rumah.
Dan yang lebih penting, anda harus sedar bahawa anda berada dalam perjalanan menuju kedewasaan dan bertanggungjawab terhadap segala apa yang anda lakukan.
Kadang-kadang tanggungjawab ini tidak anda sedari kerana selama ini anda ditatang bagai minyak yang penuh. Semua keperluan anda tersaji di depan mata. Ibu bapa anda seolah-olah orang gaji di rumah sendiri. Diri anda pula seperti ayam daging. Sekarang adalah masanya anda mengubah paradigma sikap anda menjadi seorang yan g paling bertanggungjawab dalam hidup anda.

SYARIFAH ZUREENA

No comments:

Post a Comment