Sunday 24 April 2011

Kegunaan Internet

Internet merupakan media yang sangat berpengaruh pada masa kini.Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diambil melalui penggunaan internet.Antaranya ialah kita dapat berhubung dengan sesiapa jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana jua.Kita boleh menghantar e-mel atau berchatting.Melalui ini,kita dapat menambah lebih ramai kenalan.
Selain itu,kita juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui internet.Kita boleh menyelusuri laman-laman web yang ada untuk mendapatkan maklumat.Kita juga boleh berkongsi maklumat dengan orang lain melalui forum atau blog yang ditulis.Sememangnya,semuanya semakin mudah.Maklumat semuanya di hujung jari kita.Oleh itu,kita mestilah celit IT bagi memudahkan kita menggunakan internet.
Berita-berita dari dalam dan luar negara juga dapat diketahui dengan mudah dan cepat.Kita tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang dengan membeli surat khabar pada setiap hari.Kita boleh pergi ke laman web yang menyediakan akhbar online dan membacanya.Melalui ini,kita dapat mengurangkan penggunaan kertas.
Di samping itu,kita tidak perlu beratur unutk membayar sebarang bil kerana kita boleh membayar secara online.Pihak-pihak bank juga telah menyediakan khidmat internet bagi memudahkan pelanggan mereka menyelesaikan urusan perbankan mereka.
Kita juga boleh mencari pendapatan melalui internet.Trend pada masa kini iaitu online business.Perniagaan ini berasaskan kepercayaan.Pelbagai barangan boleh dibeli melalui internet dan terdapat banyak laman web yang menjual pelbagai jenis barangan.
Permainan video juga turut terdapat dalam internet.Kita boleh mengurangkan stress dengan bermain permainan ini.Namun jika kita gagal mengawal diri,kita mungkin akan leka dengan keasyikan bermain permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab.
Kesimpulanya,terdapat banyak kepentingan internet.Namun kita perlu berhati-hati agar penggunaan internet tidak memudaratkan kita.



FARRAH ZARIS EZREENA

No comments:

Post a Comment