Friday 22 April 2011

Masalah Sosial di Negara Kita

Antara punca-punca yang terlibat, punca yang pertama ataupun dikenali sebagai punca utama adalah masalah keluarga. Cara ibu bapa dalam pemberian asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan terhadap anak mereka menyebabkan mereka menjadi kurang menghormati warga-warga yang lebih tua daripada mereka dan melibatkan diri mereka dalam perbuatan-perbuatan yang negatif seperti perlumbaan haram dan rempit. Kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang mewah ataupun keluarga yang memanjakan anak mereka kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah. Hal ini disebabkan ibu bapa yang kaya ataupun mewah biasanya akan memanjakan anak-anak mereka dengan memberi kelonggaran serta wang saku yang banyak.

 Akibat yang seterusnya merupakan pengaruh daripada persekitaran. Pada zaman globalisasi kini, perkembangan teknologi yang kian pesat ini menyebabkan pelbagai jenis maklumat boleh didapati daripada laman web. Hal ini mengakibatkan pelbagai jenis maklumat yang kurang sihat disebar degan berleluasa tanpa kawalan. Persekitaran ini menyebabkan remaja kini terikut-ikut dengan pengaruhnya. Seterusnya, maklumat kurang sihat ini menjadi punca keruntuhan moral di kalangan remaja.

  Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam pemberian pemerhatian yang serius terhadap kanak-kanak mereka. Pemerhatian dibuat atas setiap gerak-geri ataupun pergerakan anak-anak mereka.

FATIN ALLIA

No comments:

Post a Comment