Monday 25 April 2011

tolong menolong sesama manusia

Kehidupan manusia di seluruh pelosok alam ini tidak dapat lari dari suasana dan keadaan yang berbeza-beza, iaitu ada yang kaya, miskin, kuat dan lemah tubuh badan, ada yang sihat dan ada yang sakit, ada pula yang tua dan ada pula yang masih muda, ada yang alim dan ada yang jahil. Golongan-golongan ini sentiasa berhajat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sebab itulah agama Islam amat menggalakkan setiap orang Islam sama ada lelaki ataupun perempuan supaya memberi pertolongan kerana perbuatan itu merupakan suatu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian, dan juga setiap pekejaan. jadikanlah pertolongan itu sebagai satu sifat kebiasaan dalam pergaulan. Oleh itu, berilah pertolongan-pertolongan yang diharuskan pada syarak.


SITI NURINA

No comments:

Post a Comment