Wednesday 20 April 2011

Kem Pengawas

Assalamualaikum dan selamat pagi dunia. Pada 29 Mac 2011, iaitu hari Selasa. Semua pengawas sekolah tingkatan 2,4 dan 5 telah menyertai satu kursus kepimpinan pengawas bagi fasa 2 yang dijalankan di Pendang Lake Resort selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak pada jam 2 petang dgn menaiki bas sekolah. Kami sampai di destinasi tersebut pada jam 2.30 petang. Tiba di sana,  kami dibenarkan untuk masuk ke bilik yang disediakan. Kami dijaga  oleh Jabatan Pertahanan Awam. Pelbagai aktiviti yang lasak yang telah kami lakukan. Antaranya ialah kawad kaki. Ada juga aktiviti yang kami lakukan secara berkumpulan yang segalanya telah diatur oleh guru-guru kaunselor seperti Cik Nor Azlina dan Puan Halijah. Akhirnya, sudah tiba masanya untuk kami berangkat pulang. Kami  semua mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Jabatan Pertahanan Awam kerana sudi menjaga kami. Kami bertolak pulang pada jam 2.45 petang. Kesimpulannya, segala aktiviti yang kami lakukan memerlukan sifat kerjasama

SITI NURINA

No comments:

Post a Comment